Johor Darul Takzim (JDT)
mempunyai pelbagai tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati. Bagi yang
meminati tentang sejarah dan ingin mengetahui salah silah negeri ini boleh ke
tempat-tempat ini :-
1. Muzium
Diraja Sultan Abu bakar.
Muzium Diraja
Abu Bakar sebelum ditukar menjadi Istana bagi Almarhum Sultan Abu Bakar.
Bangunan ini dibina pada tahun 1866, ia juga menjadi bangunan tertua di Johor.
Pada hari ini, ia masih digunakan sebagai tempat untuk majlis rasmi dan keraian
negeri. Di dalam bangunan ini dipenuhi dengan pelbagai maklumat dan artifak
sejarah yang hebat tentang Keluarga Diraja Johor. Muzium ini dibuka pada hari
Sabtu – Khamis dari jam 9 pagi hingga 5 petang.
2. Muzium
Kota Tinggi, Johor.
Muzium ini,
menonjolkan sejarah dan tinggalan sejarah pemerintahan Kerajaan Johor Lama.
Sebelum ini Kota Tinggi merupakan pusat pentadbiran bagi negeri Johor pada
zaman Kesultanan Melayu pada tahun 1540. Ini kerana ke dudukannya di Lembah
Sungai Johor yang merupakan wadah kesinambungan Kesultanan Melayu. Di lembah
ini lahirnya Tun Sri Lanang Pengarang Melayu tersohor dan terawal menghasilkan
Sejarah Melayu. Disebab itu, bangunan ini dibina oleh Jabatan Kerja Raya (JKR)
pada tahun 1997 bagi memberitahu generasi Johor terutamanya tentang keagungan
Melayu Johor. Muzium dibuka setiap Sabtu – Khamis adr jam 9 pagi hingga 4
petang. Kemasukan adalah percuma.
3. Muzium
Warisan Tiong-Hua, Johor Bahru.
Muzium Warisan
Tiong-Hua dikenali sebagai Chinese Heritage Museum. Lokasinya terletak di
Bandar Johor Bahru, di Jalan Ibrahim bagi mudah dikunjungi oleh pelancong. Ia
merupakan galeri yang menempatkan informasi dan bahan bersejarah tentang
komuniti masyarakat Cina dalam berperanan menjadikan tanaman lada hitam sebagai
komoditi terpenting di dalam sejarah awal Johor moden. Dibuka dari hari Selasa
hingga Ahad dari jam 9pagi hingga 5 petang.
4. Muzium
Nenas, Pontian.
Johor juga
dengan penanaman dan pengeluaran nenas terbesar di Malaysia. Lokasi penanaman
ini terletak di Pontian, Johor. Kira sejam perjalanan dari Johor Bahru. Disini
pelancong berpeluang melihat sejarah warisan nenas dan cara proses penghasilan
produk daripada nenas. Muzium ini terdapat pelbagai informasi berkaitan nenas,
anda juga boleh membeli buah tangan yang diperbuat berasaskan nenas.
5. Bangunan
Sultan Ibrahim, Johor.
Bangunan Sultan
Ibrahim merupakan mercu tanda dan tarikan pelancongan kerana senibina
bangunannya yang sangat klasik. Bangunan ini merupakan bekas bangunan urus
Setia negeri. Bangunan ini telah dibina tahun 1936 dan telah siap pada tahun
1940. Bangunan ini dibina oleh kerajaan kolonial British. Kedudukannya di Bukit
Timbalan serta berharapan laut menghadap Singapura, ini antara faktor dijadikan
bentang dan pusat arahan untuk mengintip aktiviti British semasa Pendudukan
Jepun di Tanah Melayu yang diketuai oleh Jeneral Yamashita Tomoyuki.
Kereta Sewa Larkin | Kereta Sewa JB
Tempahan secara online
Semak Harga
Pertanyaan - Hotline
1300 88 4040