Larkin Sentral Pesat Membangun

Johor Bahru merupakan “bandaraya kedua terbesar dan pusat perniagaan dan perdagangan di Malaysia. Penduduk sekitar Johor Bahru melebihi 876,000 orang. Ini disebabkan Johor Bahru merupakan sebuah pusat perindustrian, perdagangan, dan pelancongan yang utama. Pelancongan adalah penyumbang yang terbesar dalam ekonomi Johor Bahru. 60% daripada pelancong-pelancong yang melawati Malaysia melalui negara Singapura.

Johor Bahru, terletak 300 km tepat dari Kuala Lumpur berbanding Pulau Pinang. Ini membuatkan banyak perkhidmatan bas naik turun antara kedua-dua bandar besar. Jadi dalam menyediakan kelengkapan pengangkutan untuk penduduk Johor Bahru dan pelancong luar Johor Bahru. Kerajaan tempatan telah membuat terminal bas utama untuk bas tempat dan jarak jauh di Larkin Sentral.


Pandangan Bahagian Hadapan.





Larkin Sentral adalah terminal bas yang kedudukannya di Johor Bahru, Johor, Malaysia. Perkhidmatan bas dari Larkin Sentral, Johor terus ke daerah-daerah Johor, bandar-bandar di Semenanjung Malaysia, Singapura dan Hat Yai di Thailand.

Di peringkat awal tahun 1995, Larkin Sentral mempunyai 50 ruang bas. Lokasi Terminal Larkin di Jalan Kenyalang. Kaunter tiket anda boleh ke Aras 1. Di aras 1 anda juga boleh mencari restoran, mesin ATM dan kawasan penyimpanan bagasi (RM2/item; 0700 di buka sehingga 2200). Larkin Sentral juga buka tempat membeli tiket semata-mata. Anda boleh membeli-belah di Aras 2 dan di Aras 3 terdapat surau, restoran makan.

Jika anda daripada Singapura serta ingin ke Terminal Bas Larkin. Cara mudah adalah dengan menaiki teksi. Anggaran bayaran RM10 sehingga RM15 untuk perjalanan dari pusat bandar atau Jabatan Imigresen Malaysia (CIQ). Anda juga disarankan mendesak pemandu teksi untuk menggunakan meter.


Kesibukan di Larkin Sentral, Johor Bahru.



Pada 1 November 2014, syarikat perkhidmatan bas dari Singapura seperti SBS Transit Bas dan SMRT berpindah ke Larkin Sentral, Johor Bahru. Yang sebelum ini beroperasi di Jalan Tun Abdul Razak dan berlaku penutupan tetap Terminal Kotaraya. Ini membuatkan Larkin Sentral menjadi tempat tumpuan dan memudahkan penduduk sekitar Johor Bahru menaiki bas.

Dalam perbahasan Mesyuarat Ketiga (bajet 2017) Penggal persidangan Keempat Dewan Negeri Johor ke-13 di Kota Iskandar kata Mohamed Khaled (Menteri Besar Johor) berkata Jcorp bersama Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dalam proses menyebarkan peranan institusi wakaf menerusi program Wakaf Larkin Sentral yang bakal dilancarkan pada tahun hadapan untuk membuat pelbagai perubahan yang akan di kawasan Larkin.



 Tempahan secara online 

www.klezcar.com

Semak Harga
https://www.klezcar.com/ratesearch.php

Pertanyaan - Hotline
1300 88 4040